Aktres Lisa Surihani menasihati orang ramai agar sentiasa menyemak akaun bank masing-masing supaya simpanan mereka berada dalam keadaan selamat dan tiada berlaku sebarang penipuan.
Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, berkata, pengalaman kehilangan wang simpanannya berjumlah RM50,772.40 pada Januari lepas memberi pengajaran besar terhadapnya dan berharap kejadian tersebut tidak lagi berulang kepada sesiapa sahaja.
“Kejadian seperti ini sesiapa pun boleh terkena. Sebab itu saya ingin menasihatkan supaya semua orang agar peka dengan segala simpanan bank yang telah dibuat dan kalau boleh, pantaulah setiap hari.
“Selepas kes hilang wang simpanan berlaku, saya menjadi fobia. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang,” katanya