SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Wartawan Tu Yang Cadang Saya Kahwin 7.7.13- Rozita Che Wan

Wartawan Tu Yang Cadang Saya Kahwin 7.7.13- Rozita Che Wan


Setelah menafikan bakal berkahwin pada Julai tahun ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 42, menjelaskan dia belum lagi memutuskan tarikh untuk bernikah dengan pelakon darah kacukan, Zain Saidin,29.
RCW: Wartawan Tu Yang Cadang Saya Kahwin 7.7.13


Sebaliknya, Che Ta yang ditemui ketika penggambaran program Primadona, petang tadi memberitahu wartawan yang menemuramahnya itu sendiri yang telah mencadangkan agar mereka berkahwin pada bulan Julai.


"Saya tak pernah kata pun nak kahwin pada Julai 2013. Wartawan tu sendiri yang cadang untuk saya kahwin pada tarik 7.7.2013. Dia kata tarikh tu cantik dan elok.
"Sebenarnya, tarikh tu pun tiada kena mengena pada diri saya. Saya tidak terkejut apabila cerita tarikh kahwin ini telah disiarkan di Harian Metro.

"Saya pun tidak terima cadangan itu kerana tarikh yang diberikan tiada berkaitan dengan saya atau pun Zain. Lagi pun, jadual saya penuh sampai Julai ini. Saya rasa tidak sempat untuk berkahwin pada masa itu," katanya 

Terus merungkai lebih lanjut situasi yang berlaku terhadap tarikh kahwin itu, Che Ta mengakui menjadi mangsa putar belit kenyataan.

"Tidak logik saya nak berkahwin pada tarikh tersebut. Setahu saya, tarikh itu adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
"Saya bukannya nak lari dari media apabila ditanya soal kahwin. Apabila saya cakap A dan biasanya yang keluar jadi lain.
"Saya selalu jadi mangsa putar belit statement," ujarnya.

Pun begitu, Che Ta dengan senyuman lebar mengesahkan jika diizinkan Allah, perancangan menamatkan zaman solonya bakal terlaksana pada tahun ini juga.
"Insya-Allah, kalau benar Zain itu jodoh saya, saya akan berkahwin dengan dia tahun ini juga.
"Kalau ikut tarikh yang ada kena mengena dengan saya, kalau boleh saya nak kahwin pada hari lahir saya nanti iaitu pada Mac ini.

"Tapi, confirm tak sempat. Saya pun tidak mahu simpan lama-lama hasrat untuk berkahwin ini," jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir