Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Che Ta sendiri membuka mulut tentang isu perkahwinannya bersama aktor kacak Zain Saidin dan pelakon ‘Kiah Pekasam’ ini turut mengakui jejaka tersebut sangat rapat dengan anak-anaknya.
Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya.Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada hujung bulan Julai ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu perkahwinan ini, Che Ta telah memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan kerana merasakan mereka sudah cukup mengenali hati budi masing-masing.