SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Pakar IT Malaysia, Azli Paat Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pakar IT Malaysia, Azli Paat Meninggal Dunia Dalam Tidur


azlipaat-apictaTerlebih dahulu, Mynewshub ingin mengucapkan takziah dan al Fatihah kepada Allahyarham Azli Paat, pakar teknologi maklumat (IT) dan juga kandungan mudah-alih tempatan yang meninggal dunia dalam tidurnya pukul 7.30 petang tadi (Rabu 6 Feb).
Beliau adalah antara pakar IT terhebat di negara ini.
Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

BACA:  Al- Fatihah, Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia


Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010.
Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.
Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.
(Sebahagian maklumat dipetik dari Blog Amanz/Gambar: Mentari Minda)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir