Liyana turut memberitahu, dia enggan mempunyai anak dalam masa terdekat kerana ingin melalui alam percintaan bersama suaminya memandangkan sebelum ini mereka hanya pernah keluar bersama untuk beberapa kali sahaja.
"Sudahlah saya belajar selama enam bulan sepanjang pertunangan kami pada tahun lalu, jadi inilah masanya untuk kami bercinta. Kalau boleh saya mahu berbulan madu bersama suami selama setahun sebelum menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga kami.