Penyanyi Black bertegas untuk tidak sesekali mendedahkan siapakah wanita yang menjadi tunangnya kerana bimbang hubungan mereka akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, alam pertunangan sebenarnya terlalu banyak dugaan malah kekasihnya juga tidak bersedia jika identitinya dikenali oleh orang ramai,
“Alam pertunangan ini banyak dugaannya, saya bimbang dengan pendedahan berlebihan mengenai tunang mungkin menimbulkan masalah lain pula nanti.
“Cukuplah saya katakan dia seorang wanita terpelajar dan kami ambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan. Keluarga tunang saya tidak mahu pertunangan kami digembar-gemburkan lainlah kalau perkahwinan,”