Menurut Black, dia dan wanita tersebut telah bertunang pada 26 Januari lalu, namun begitu, penyanyi ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertunangan tersebut.
Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah tunang saya, majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan kerana menghormati permintaan keluarga saya dan keluarga pihak perempuan.Saya tidak mahu heboh bukan kerana nak sorok majlis pertunangan tetapi orang kata dugaan ketika bergelar tunangan orang ini agak berat.
Dalam pada itu Black turut menyatakan berkemungkinan besar dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin dalam tahun ini juga. Waktu itu saya akan beritahu semua tentang majlis perkahwinan dan siapa bakal isteri saya. Jadi, saya harap dapat menghormati privasi diri saya.