SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar - Zizan Raja Lawak Jadi Duta Tahun Melawat Terengganu 2013

Hiburan : Gambar - Zizan Raja Lawak Jadi Duta Tahun Melawat Terengganu 2013

Kerajaan Negeri Terengganu melantik Zizan Raja Lawak atau Mohd Razizan Abdul Razak, 28, sebagai duta Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT2013) bagi mempromosi dan memperkenalkan negeri ini kepada pelancong luar Terengganu secara lebih berkesan.


Pemilihannya dianggap bertepatan kerana Zizan yang merupakan anak jati Dungun, Terengganu dijangka mampu memikul tugas dengan cara tersendiri, termasuk mempromosi loghat Terengganu kepada masyarakat umum.

Beliau pernah merangkul naib juara program Raja Lawak musim pertama, dan kini bergandingan dengan Johan untuk program Maharaja Lawak Mega yang turut bersiaran di Terengganu malam kelmarin.

Selain itu, Zizan turut memenangi pelbagai anugerah selain dikurniakan bakat cemerlang dalam bidang lakonan.

Malah karier pengacara program Melodi ini juga berkembang dengan baik dan mempunyai pengikut dan juga peminat tersendiri, yang dilihat mampu membawa nama Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir