SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar - Zed Zaidi Mahu TV3 Minta Maaf Kepada Uji Rashid

Hiburan : Gambar - Zed Zaidi Mahu TV3 Minta Maaf Kepada Uji Rashid


Walaupun sudah seminggu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) berlalu, kekecohan mengenai pertukaran penyanyi pengganti bagi Artis Yunalis Zarai masih lagi belum reda.
Zed Zaidi Mahu TV3 Minta Maaf? Kenapa?

Seminggu sebelum acara itu berlangsung, ramai pihak mengecam stesen televisyen berkenaan kerana seolah-olah mengenepikan kredibiliti penyanyi veteran, Uji Rashid untuk beraksi di atas pentas.
Yuna yang ketika itu di Los Angeles pula tidak dapat berbuat apa-apa apabila isu itu timbul dan akur dengan keputusan penolakan Uji Rasyid bagi menggantikan dirinya dan digantikan dengan penyanyi lelaki, Aizat.
Meski pun lagu ‘Terukir Di Bintang’ dinobatkan sebagai juara dalam AJL 27, ia tidak mampu menutup segala cerita kontroversi yang dikatakan melibatkan maruah Uji Rasyid.
Sebelum itu juga, Uji Rasyid ada meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila dirinya diketepikan pada saat-saat akhir.
Isu itu berlanjutan hinggalah ke hari ini.
Terbaru, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi melalui laman Twitternya, mendesak stesen TV3 memohon maaf kepada Uji Rasyid.
Sekali lagi, Zed Zaidi mengatakan imej Uji Rasyid telah tercalar dan maruahnya telah tercemar walaupun sudah menjadi artis untuk tempoh yang sudah lama.
Tambahnya lagi, TV3 terlalu ego dalam usaha untuk menyelesaikan masalah itu kerana tidak mahu memohon maaf kepada Uji Rasyid.
Persoalannya, sampai bilakah isu ini akan terus diperbesarkan?
111213
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir