Demi peminat, Murai Batu pun sibuklah merisik serta mencari sumber-sumber yang tahu siapakah yang bakal menggantikan tempat Yuna itu. Adakah anak didiknya, si Diandra Arjunaidi seperti yang diperkatakan itu? Tetapi ada pula yang meragui kebolehan Diandra untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang itu. Opps!
Risik punya risik terkejut Murai Batu apabila mengetahui si penggantinya. Murai Batu yakin, uols pun akan terkejut bila Murai Batu sebut nama penyanyi tersebut kerana dia bukanlah penyanyi dari kalangan generasi baru.
Sebaliknya, dia adalah penyanyi 70'an, Uji Rashid yang pernah popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Kesahihannya Murai Batu tidak dapat confirmkan 100%. Yang penting anda boleh tunggu di malam AJL 27 untuk mengetahui kebenaran khabar angin ini.
Apapun, Uji Rashid khabarnya telah disebut-sebut bakal menjadi pengganti Yuna dan sekiranya apa yang Murai Batu diberitahu ini benar, maka ianya merupakan satu pertaruhan besar oleh TV3. Namun, apa yang pasti, ianya juga merupakan satu penghormatan buat Uji Rashid yang pernah menjadi satu fenomena pada zaman 70'an itu sehingga ada ikan yang digelar Ikan Uji Rashid.
Bagaimana pula keupayaan Uji Rashid untuk membawakan lagu tersebut? Pasti ramai yang akan mempertikaikan dan mungkin ada juga yang teruja menantikan kemunculan Uji Rashid pada 6 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan mendendangkan lagu Terukir Di Bintang.
via : Murai Batu