SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Maharaja Lawak Mega 2012 : Johan Berkerusi Roda di Final MLM 2012 - Jozan

Maharaja Lawak Mega 2012 : Johan Berkerusi Roda di Final MLM 2012 - Jozan


Debaran siapakah yang bakal muncul sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) kian terasa.
Sebagai peminat program ini, Murai Batu sendiri tidak senang duduk membuat ramalan. Semakin laju nampaknya degupan jantung Murai Batu ini.
VIDEO FINAL JOZAN DI MLM 2012 KLIK SINI !!!!

Manakan tidak. Majoriti peminat tegar MLM ini sampai berani kerat jari kumpulan Jozan bakal menjadi juara.


Bagaimanapun, Murai Batu merasakan ianya tidak akan menjadi realiti seandainya Jozan hanya menampilkan Zizan seorang saja pada malam ini nanti.

Sungguhpun Murai Batu tidak pasti lagi adakah Johan bakal ada atau pun tidak malam ini, Murai Batu merasakan Johan yang setia dengan peminatnya tidak akan pernah mengecewakan penyokongnya.

Malah, meneliti laporan yang telah dibuat beberapa media tempatan, kemungkinan Johan bakal akan tampil membuat kejutan.

Menurut sumber, walaupun Johan dinasihatkan untuk berehat, melihat dari segi gaya dan semangat Johan, dia mungkin akan hadir pada malam final itu nanti.

Dengarnya, Johan akan hadir dengan menggunakan kerusi roda dan bukan saja sebagai penonton tetapi sebagai peserta.

Mungkin juga Johan bakal buat lawak ala-ala Usop Wilcha.
Malah, mungkin kemunculan Johan tidak akan diketahui Zizan kerana mahu memberikan kejutan buat Zizan yang setia membawa nama Jozan.
Senang cerita, kalau jadi, ia adalah persembahan spontan daripada mereka berdua.

Mungkin ia boleh terjadi kerana seorang Juara Super Spontan dan seorang lagu naib johan Super Spontan.

Pun begitu, semuanya masih lagi menjadi tanda tanya. Jika benar Johan muncul, adakah wang tunai setengah juta sah menjadi milik mereka?
Apapun, Murai Batu hanya akan mengundi dan menyokong kumpulan yang benar-benar layak menang berpandukan persembahan malam nanti.

Tak mahulah Murai Batu sokong hanya kerana populariti mereka semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir