Vokalis Hujan, Noh Salleh mengakui kumpulannya itu semakin kurang membuat persembahan pentas sejak bulan Ramadan tahun lalu.
Noh, 28, berkata, ahli-ahlinya juga secara tiba-tiba menyepikan diri mungkin kerana sibuk dengan urusan tersendiri.
"Saya pun tak tahu kenapa, tetapi mungkin kami terlalu penat terutamanya selepas pertandingan Versus (yang berlangsung dari Mac hingga Jun 2012) sehinggakan semuanya lesap seketika dan masin-masing dengan urusan sendiri.
"Bagaimanapun sepi kami itu tidak bermaksud Hujan akan berpecah. Senang cakap, kami hilangkan tekanan sebagai persediaan melangkah ke tahun baru 2013.
via MSTAR