Pelakon Nora Danish menjelaskan perbuatannya yang memuat naik gambar dia bersama pengacara Qi Razali menerusi laman sosial foto Instagram menjadi punca mereka digosipkan mempunyai hubungan intim.
Kata Nora, 31, disebabkan Qi Razali atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali, 36, masih bujang, dia merasakan tidak salah untuk mengabadikan gambar-gambar mereka menerusi laman sosial tersebut tetapi sayang sekali ia menjadi sensasi.
“Qi masih bujang dan begitu juga saya yang solo kembali. Semasa penggambaran filemBencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram,” katanya