Mungkin fikirannya terlalu bercelaru mengatur majlis perkahwinan dan latihan bola sepak yang padat, penjaga gol skuad kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau mesra disapa Apex boleh terlupa tarikh hari lahirnya sendiri.
Hari lahir Apex jatuh pada 7 Januari yang lalu bersamaan dengan hari Isnin.
Apex terlupa dengan hari pentingnya sendiri itu kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan di dalam fikirannya.
“Saya betul-betul terlupa hari ini (Isnin) merupakan hari lahir saya. Dalam fikiran saya hanya memikirkan tentang latihan dan majlis perkahwinan saya,” kata Apex yang dipetik dari portal Murai.com.
Namun, selepas bernikah dengan wanita cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, isterinya itulah yang telah mengingatkan tarikh lahirnya.
Buktinya, Leuniey telah berpakat dengan pengurus Apex sendiri untuk membuat kejutan sambutan hari lahir suaminya.
Tindakan Leuniey yang membuat kejutan untuk Apex itu dihargai oleh Apex dan bersyukur kerana mempunyai isteri yang sentiasa mengingatkan dirinya tentang sesuatu perkara.
“Apapun, saya bersyukur kerana masih mempunyai orang yang boleh mengingatkan saya tentang hari jadi saya iaitu isteri saya.
“Begitu juga dengan kedua ibu bapa, adik-beradik dan anak saudara saya,” katanya.
Justeru, dengan meningkatnya satu lagi umurnya, Apex yang sudah pun berumur 24 tahun berharap agar kehidupannya bertambaha bahagia dan mendatangkan kebaikan selepas memegang status suami orang.
“Saya rasa sangat gembira dan mengharapkan sesuatu yang terbaik selepas genap 24 tahun.
“Apatah lagi, ini adalah pertama kali saya menyambutnya dengan berstatus suami orang,” beritahu Apex.