SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , » Hiburan : Gambar - Hairul Azreen Hanya Pilih Stesen TV Popular ?

Hiburan : Gambar - Hairul Azreen Hanya Pilih Stesen TV Popular ?

Pelakon Hairul Azreen berkata dia mahu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan berdasarkan impak dan populariti sesebuah stesen televisyen (TV).
 

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, populariti dan publisiti terhadap drama yang ditayangkan di sesebuah stesen penting agar lakonannya mendapat perhatian dan ditonton khalayak.

“Bukan saya bersikap sombong atau besar kepala dengan hasrat ini. Sudah tiba masanya saya mengambil tawaran daripada stesen TV yang lebih meninggalkan impak kepada penonton.
“Tanpa saya menuding kepada mana-mana pihak, saya melihat produk-produk yang ditayangkan di pelbagai stesen TV meninggalkan impak dan perhatian berbeza kepada penonton.
“Bukan saya pilih-pilih stesen TV tetapi saya mahu lakonan dalam drama yang dibintangi dapat ditonton oleh khalayak lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada siri jelajah Fear Factor Selebriti Malaysia di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini, petang Sabtu.

Aktor yang meningkat popular selepas kejayaan filem Hantu Kapcai ini berkata, tindakan itu bertujuan untuk mendapatkan reaksi penonton terhadap lakonannya dalam drama atau telefilem yang dibintangi.

1 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir