Semua sedia maklum, peminat rata rata tidak dapat menerima cara pemakaian Nabila Huda ketika menghadiri karpet merah Anugerah Blockbuster 2012 hujung minggu lalu.
Zed Zaidi berkata kepada Sinar Harian yang kejadian tersebut tidak sepatutnya 100% jatuh ke’atas bahu Nabila Huda tetapi pihak penganjur juga wajar bertanggungjawab.
“Penganjur perlulah membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung,” ujar Zed Zaidi baru baru ini.
“Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini,” tambahnya lagi.
via rotikaya