SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | "Saya Tak Pernah Bercinta Dengan Johan Pun"- Nabila Respon Isu Putus Cinta Dengan Johan Asaari

Hiburan : Gambar | "Saya Tak Pernah Bercinta Dengan Johan Pun"- Nabila Respon Isu Putus Cinta Dengan Johan Asaari

MENERUSI sebuah portal hiburan, pasangan romantis yang dikhabarkan menjalin hubungan cinta, Nabila Huda dan Johan Asari didakwa sudah menemui penamat kepada kisah cinta mereka.
Nabila Huda dan Johan Asari mula rapat selepas menjayakan watak suami isteri dalam drama bersiri Pel
Ketika dihubungi Sinar Harian Online, Nabila berkata, “saya tidak pernah bercinta dengan Johan, (jadi) macam mana boleh timbul isu yang saya sudah putus dengan dia?“Saya tidak pernah mengiakan kami bercinta, malah kami hanya berkawan baik, itu saja.

“Kalau saya ada kekasih, saya lebih suka 'reveal' kepada umum buat apa nak sorok-sorok sebab saya bukan seorang yang hipokrit.

“Saya bukan jenis yang takut populariti jatuh jika peminat tahu siapa kekasih saya, sebaliknya saya lebih suka memberitahu dengan siapa saya berkasih kerana buat apa bercinta tetapi sorok-sorokkan,” katanya.Menurut laporan portal itu juga, dikhabarkan Nabila sudah berkunjung ke kampung Johan, 26, untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perhubungan mereka tetapi hubungan kedua mereka dikatakan mendapat tentangan keluarga Johan sendiri.

Menjawab dakwaan itu, Nabila, 28, menegaskan, “saya tidak pernah pergi ke kampung Johan dan saya pun sudah lama tidak berjumpa dengan dia."Kali terakhir, jumpa dia pun semasa Anugerah Blokbuster hari itu“Semua cerita itu tidak betul,” katanya.

Nabila dan Johan mula dilihat intim selepas berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam drama slot Samarinda TV3 berjudul Pelangi Kasih terbitan Global Station Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir