Hubungan cinta antara pelakon Hanez Suraya dan penyanyi, Awi Rafael tidak boleh disorok lagi. Malah, acapkali penganjuran program hiburan dianjurkan, pasangan ini sudah pasti hadir bersama-sama dengan pakaian sedondon.
Namun, bila ditanya sejauh mana seriusnya hubungan cinta mereka, Hanez Suraya mengakui dia dengan Awi Rafael sebenarnya sudah pun merancang untuk berkahwin.
"Kami memang pernah merancang dan membincangkan hal ini. Tapi, untuk merealisasikannya dalam tempoah sekarang, mungkin tidak. Sekarang ini,bukanlah masa yang sesuai untuk kami menamatkan zaman bujang.
"Apapun, kami memang sudah merancang untuk bertunang. Itupun, kalau kami rasa hubungan kami ini sudah betul-betul kukuh. Yang penting, sekarang ini,baik saya mahu pun Awi, kami mahu stabilkan ekonomi kami sebagai pelakon dan penyanyi," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Hanez tidak menolak dakwaan bahawa keluarga kedua-dua belah pihak sudah pun merestui hubungan mereka.
"Famili saya semua dah okay. Namun, dalam masa terdekat ini, mungkin kami tidak berkahwin atau pun bertunang. Bagi Hanez, sebolehnya Hanez mahu fokus dulu dengan karier saya yang baru saja nak berkembang. Hanez pun baru nak okay dalam lakonan.
"Hanez tidak mahu push atau paksa Awi untuk kahwin dengan saya cepat-cepat. Kalau boleh Hanez nak kahwin sebelum umur saya 30 tahun. Insya-Allah, dalam tempoh 3 tahun lagi. Tapi, itu hanya perancangan saja. Mungkin dari 3 tahun akan jadi 5 tahun lagi, siapa tahukan" soalnya.