Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.
Hafiz, 28, berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.
"Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.
"Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.
"Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap," katanya.