Bagi pelakon dan pengarah ini, November cukup istimewa kerana ia bulan ulang tahun kelahiran tunangnya, hingga mereka sepakat mengabadikan majlis resepsi bertepatan hari lahir Diana yang ke-21.
Ini hari yang besar buat kami dan pastinya saya sendiri terasa berdebar, apatah lagi akan menggalas tanggungjawab sebagai suami serta ketua keluarga," - Farid Kamil, Pelakon
“Kiranya, ada tiga tarikh akan disambut bulan depan iaitu pernikahan dan persandingan kami, selain ulang tahun Diana yang jatuh pada 21 November. Cuma di sebelah keluarga saya, kenduri sambut menantu dijangka berlangsung di kampung saya di Kedah, pada Disember.
“Keputusan ini juga bukan mengejut kerana keluarga kedua-dua belah pihak memilih tarikh ini sebelum bertunang lagi, malah persiapan juga sudah dimulakan sedikit demi sedikit,” kata Farid, 30, yang akan mengumumkan jumlah hantaran serta perincian berkaitan majlis pada acara lain.
via bharian