Aktres jelita Diana Danielle berkata dia berasa panik dan tidak keruan menjelang hari pernikahannya dengan aktor dan pengarah Farid Kamil pada 3 November depan.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan.
"Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri.
"Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik.
"Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula," katanya ketika ditemui mStar Online, petang Ahad.
via Mstar