Masih ingat lagi kontroversi hebat antara Anzalna dan Neelofa dulu yang berakhir dengan Anzalna memohon maaf kepada Neelofa. Mereka berdua dikatakan tidak berjabat tangan selepas sesi tersebut. Namun semalam ketika sidang media ASK2012, Anzalna dan Neelofa nampak seperti sahabat karib.
Bagi Lofa benda ni semuanya dan berlalu dan kami dah lupakan kisah yang terjadi sebelum ini. Bagi Lofa benda ni perkara kecil je. Jadi tak ada sebab kenapa kami tidak boleh berbaik semula. Setiap orang ada pernah buat silap, begitu juga kami. Jadi tak salah kalau Lofa dan Anzalna berbaik semula dan mulakan suatu hubungan sebagai seorang sahabat yang baru. Kalau ada apa-apa program yang melibatkan kami berdua Lofa ok je. kami profesional.
Ha. Kan bagus begitu. Gaduh lama-lama pun buat penat je. Dunia hiburan Malaysia pun kecik je. Pergi sana pergi sini, jumpa orang sama je. Semangat silaturahhim beginilah yang kita mahukan. Tak gitu?