Anugerah
Blokbuster 2011 yang berlangsung pada hujung minggu lalu telah mengundang
beberapa cerita ‘panas’. Paling hangat diperkatakan ialah tentang penampilan
seksi Nabila Huda di karpet merah. Memakai gaun hitam rekaan Alia Bastamam,
penampilan Nabila telah ditegur oleh bapanya sendiri, Amy Search kerana
mengganggap pakaiannya itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai ibu tunggal.
Bukan itu sahaja, Amy turut menyelar pereka gaun tersebut.
GUA
cuba menghubungi Nabila untuk mengulas lanjut berhubung isu ini, bagaimanapun
panggilan telefon mahupun kiriman SMS GUA tidak mendapat maklum balas daripada
pelakon popular. Mungkin Nabila sibuk dengan penggambaran atau pun dia perlukan
masa untuk bertenang sebelum tampil dengan sebarang kenyataan.
Memandangkan
Amy Search turut menegur tindakan Alia Bastaman yang mereka gaun seksi itu, GUA
juga cuba mendapatkan komen daripada pereka berbakat ini. Walaupun panggilan
telefon berjawab, tetapi GUA gagal bercakap sendiri dengan Alia. Menurut wakil
Alia Bustaman yang hanya dikenali sebagai Jimmy, buat masa ini Alia tidak mahu
mengeluarkan sebarang kenyataan. Jelas Jimmy lagi, Alia hanya akan memberikan
kenyataan selepas dia bersedia.
Menyentuh
tentang desas-desus perpisahan Nabila dan Johan As’ari pula, Nabila nampaknya
sudah memberi sedikit maklum balas di laman Twitter peribadinya.
Tweet Nabila
berbunyi : “ Macamana boleh keluar isu break sedangkan tak
couple?Rumors..rumors..Kelakar tak @JohanAsari”.
via Gua