Mereka Yang Sudi Membaca

Catatan Kehidupan Ku | Chegu Zubir

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Rosyam Nor Terima Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Seni dari UMK

Hiburan : Gambar | Rosyam Nor Terima Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Seni dari UMK


Tahniah MH Online ucapkan kepada pelakon terkenal Rosyam Nor, 45, yang telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Sabtu lalu.
rosyam

Rosyam mengharap pengiktirafan ini akan menjadi contoh kepada masyarakat agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi. Penganugerahan ini sekaligus membuktikan kerja keras selama 26 tahun dalam bidang seni diiktiraf oleh ahli akademik.
 
“Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.
 
“Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya,” katanya 
 
Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir