Suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah, 31, mengakui semenjak disahkan hamil, isterinya itu mengalami alahan mengandung yang sangat teruk, namun selepas itu dia bertukar menjadi seorang yang berselera serta kuat makan.

"Dua minggu sebelum ini, Irma sering saja mengalami alahan mengandung yang teruk. Sehinggakan kami nak bergerak beraya pun agak susah. Sebab itulah, ada jemputan rumah terbuka yang kami tidak dapat hadir.
"Namun, bak kata orang-orang tua. Itu hanyalah alahan biasa. Apapun, kini isteri saya sudah semakin sihat dan berubah menjadi seorang yang pemakan. Dia menjadi semakin cepat lapar. Kalau di awal dulu saya yang berselera tapi sekarang ianya dah berpindah pada Irma," jelasnya