SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Nabil Bakal Dapat Bayi Perempuan, Pia @ Sofia

Hiburan : Gambar | Nabil Bakal Dapat Bayi Perempuan, Pia @ Sofia


Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Ketika dihubungi oleh pihak OHBULAN! petang semalam, Nabil memaklumkan bahawa beliau kini semakin sibuk menjalankan tugas sebagi penyampai radio di Suria FM.

Meskipun sibuk menjalankan aktiviti seni, Nabil masih tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tambahan pula kini isterinya, Zira sedang hamil 6 bulan dan perkara ini membuatkan Nabil sering meluangkan masa bersama isterinya.
Memandangkan usia kehamilan sudah menjangkau 6 bulan, jadi pihak OHBULAN! mengajukan soalan, adakah dia dan isteri ada melakukan proses ‘scan’ untuk mengetahui jantina bayi di dalam kandungan? Dengan senang hati Nabil menjawab ada, dan bayi di dalam kandunga isterinya adalah bayi perempuan.
“Kami ada buat scan, bayi tu adalah bayi perempuan. Jadi, untuk nama dalam perut saya panggil dia ‘Pia’ ataupun ‘Sofia’ sebab nama tersebut macam senang dan sedap mulut menyebut. Tapi itu untuk nama dalam perut je. Tak tahulah kalau dah keluar nanti saya nak bagi nama lain pulak,” ujar Nabil sambil tergelak.
Selain itu, Nabil turut menyuarakan hasrat, di mana apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata dan berada dalam keadaan pantang nanti, beliau ingin menggunakan khidmat profesional tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh tersebut.
via ohbulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir