SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | "Saya Bukan Kaki Clubbing Seperti Dalam Filem"-Mon Ryanti

Hiburan : Gambar | "Saya Bukan Kaki Clubbing Seperti Dalam Filem"-Mon Ryanti

Agak keras juga dakwaan ini. Tapi segalanya dinafikan oleh tuan empunya badan sendiri yang kami temui semasa majlis Pra Tonton Salam Cinta baru-baru ini.
Mon Ryanti



Sewaktu ditanya benarkan kehidupan realitinya sama seperti mana yang terdapat didalam watak Nadia yang merupakan seorang kaki clubbing. Mon Ryanti pantas menafikanya. Katanya “Apa yang terpapar didalam Salam Cinta itu bukan kisah realiti yang saya amalkan & saya bukan seorang yang suka pergi ke kelab-kelab seperti itu. Untuk bersosial sehingga ketahap macam watak Nadia ni setakat ni Alhamdulillah, masih boleh dielakkan lagi.”
Bagaimanapun Mon Ryanti beranggapan jika ada juga yang masih percaya yang dirinya seorang yang kuat bersosial itu jelasnya diluar bidang kuasanya untuk mengubah tanggapan sedemikian. Ujarnya lagi “Kalau peminat membenci saya hanya disebabkan watak nadia yang saya bawa, itu bagi saya merupakan satu kejayaan kerana lakonan saya menjadi.
Tapi kalau ada yang membenci disebabkan percaya yang saya ni seorang Kaki Clubbing itu saya pun tak boleh nak buat apa la. Cuma apa yang saya boleh jelaskan berulang kali realiti dan watak lakonan adalah dua identiti yang berbeza bagi diri saya ”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir