SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | Mizz Nina Jawab Isu Terlibat Konsert Arak - "Hanya Buat Persembahan Bukan Promosi Arak"

Hiburan : Gambar | Mizz Nina Jawab Isu Terlibat Konsert Arak - "Hanya Buat Persembahan Bukan Promosi Arak"


menurut kenyataan Mizz Nina pula menerusi laporan pihak media Murai.com, dia akui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan olehnya mendapat penajaan dari syarikat minum keras, namun begitu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak.

“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.” Ujar Mizz Nina.
Menurut Mizz Nina lagi, dirinya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Menerusi persembahan sebelum ini, Mizz Nina turut meminta pihak penganjur supaya tidak menghidangkan minuman keras sewaktu dia mengadakan persembahan.
Pada masa yang sama, Mizz Nina turut menegaskan bahawa dia hanya hadir ke acara tersebut sekadar untuk persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama minuman keras. Penyanyi ini turut melahirkan rasa kesalnya dengan kebangkitan isu ini kepada umum.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir