SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Izreen Azmindar Sah Milik Riza Dengan 2 Kali Lafaz

Hiburan : Gambar | Izreen Azmindar Sah Milik Riza Dengan 2 Kali Lafaz


Dengan dua kali lafaz, pelakon Izreen Azmindar Mohd Aznam atau Izreen Azmindar, 27, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang jurukamera produksi, Muhamad Riza Baharudin, selepas waktu Isyak, malam semalam.
Izreen Azmindar Sah Milik Riza Dengan 2 Kali Lafaz

Izreen dalam pesanan ringkasnya (SMS) menerusi telefon bimbit melahirkan rasa syukur selepas semuanya berjalan lancer apabila dia selamat dinikahkan oleh bapanya sendiri Mohd Aznam di Country Golf Resort, Jitra, Kedah.
"Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang," katanya dalam SMS ringkas.
Izreen yang menerima wang hantaran berjumlah RM19001 itu telah menerima dulang hantaran sebanyak sembilan dan dibalas sebelas dulang oleh pihak lelaki.

Pada petang hari pernikahan Izreen, satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan khas buat Izreen.
Kedua mempelai kemudian bakal diraikan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), City Alor Setar , Kedah pada hari ini, 31 Ogos, jam 8 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir