SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Isu Isteri Fail Cerai, Sham Kamikaze Minta Peminat Bersabar

Hiburan : Gambar | Isu Isteri Fail Cerai, Sham Kamikaze Minta Peminat Bersabar


Pada 30 Ogos lalu, isteri kepada pemuzik dan pendakwah bebas, Sham (Kamikaze), iaitu Farazila Abdul Jabar telah memfailkan cerai terhadap suaminya. Kes ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, berpunca daripada konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Melalui laporan mStar Online hari ini, Farazila, 31, bertindak memfailkan kes perceraiannya bersama Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36 setelah usaha untuk memulihkan konflik rumah tangga mereka menemui jalan buntu.
“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.” ujar Farazila.
Apabila ditanya adakah keputusan bercerai tersebut dipengaruhi oleh kontroversi yang kononnya Sham sudah bernikah buat kali kedua pada Januari lalu? Farazila menjawab, perkara tersebut bukanlah faktor utama.
“Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya rela bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,” ulas Farazila.
Dalam pada itu, Sham Kamikaze yang menyedari mengenai berita yang sedang tersebar ini meminta agar orang ramai tidak membuat apa-apa spekulasi dan tohmahan. Sham juga meminta agar para peminat menghormati rumahtangganya.
“Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain. Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas,” jelas Sham melalui laman Facebooknya.
Sebelum ini Farazila dan Sham (Kamikaze) telah melangsungkan perkahwinan pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila, iaitu di Batu Pahat, Johor.
via Ohbulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir