Kisah berakhirnya episod cinta Yuna dan Qi Razali memang menjadi topik perbualan utama industri gossip tempatan semalam. Dan, hari ini pihak lelaki membuka mulut.
Qi Razali berkata kepada portal hiburan Murai yang beliau kini sudah dapat menerima kenyataan yang hubungan mereka sudah berakhir tetapi hatinya masih ada untuk Yuna.
“Terus terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna,” ujar Qi Razali hari ini.