Pelakon wanita yang namanya dikenali menerusi drama Juvana, Izreen Azminda selamat bernikah dengan Muhamad Riza Baharudin atau Riza pada malam 30 Ogos lepas.
Izreen sempat melakukan upacara khatam Al-Quran pada sebelah pagi hari yang sama.
Bagi Izreen, dia dan suaminya memilih tarikh 30 Ogos untuk diijab kabulkan kerana tarikh itu merupakan tarikh hari lahir Izreen sendiri.
Malah, itu lebih memudahkan mereka berdua untuk mengingati hari bahagia mereka untuk ulang tahun perkahwinan nanti.
“Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini.
“Alhamdulillah, saya baru saja selasai mengadakan majlis khatam al-Quran yang bermula jam 10 pagi tadi. Antara yang hadir ialah ahli keluarga saya dan keluarga pihak lelaki. Doakan semuanya berjalan lancar,” kata Izreen yang dipetik dari portal Murai.com, kelmarin.
Upacara pernikahan Izreen dan Reza telah selamat berlangsung di Alor Star, Kedah.
Semoga perkahwinan Izreen dan Reza berkekalan hingga akhir hayat dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.