SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Gadget : Gambar | Fakta Menarik Tentang Iphone 5

Gadget : Gambar | Fakta Menarik Tentang Iphone 5


Acara Apple telahpun tamat. iPhone 5, iTunes, iPod Touch, iPod Nano dan Earpod baru dilancarkan oleh Apple. iPhone 5 yang telah lama ditunggu kini sudah rasmi. Apa yang anda perlu tahu mengenai iPhone 5?

Design baru iPhone 5 adalah lebih nipis, ringan menawan. Earphone Apple juga telah mendapa
t sentuhan baru yang lebih cantik dan berkuasa, diberi nama Earpod.

Apple berjaya mengurangkan lebih 20% berat iPhone 5 ini berbanding iPhone 4S. iPhone 5 juga 18% lebih nipis, hanya 7.6mm berbanding 9.4mm pada iPhone 4S.

Apple menggunakan skrin yang lebih besar iaitu 4 inci, tetapi tetap boleh digunakan dengan sebelah tangan kerana tiada penambahan dari segi kelebaran. Hanya ketinggian skrin sahaja ditambah. Resolusi skrin 4 inci ini adalah 1136×640. Mempunyai 326 ppi, sama tajam dan terang dengan skrin iPhone 4S, cuma lebih besar.

Cip pemprosesan A6 adalah 2 kali ganda lebih laju berbanding cip A5. Grafiknya juga jauh lebih baik, saiznya lebih kecil dan lebih menjimatkan bateri.

iPhone 5 menyokong LTE 4G sehingga 100 Mbps. Rasanya Malaysia belum bersedia untuk LTE walaupun strukturnya sudah ada dan Maxis mempunyai lebih 2500 kawasan yang menyokong LTE. Harap mereka lancarkan secepat mungkin.

Kamera iPhone 5 masih 8 megapiksel, sama dengan iPhone 4S yang sudah diketahui mempunyai kamera yang sangat baik. Beberapa penambahbaikkan dilakukan oleh Apple seperti kualiti gambar lebih baik ketika kurang cahaya, kualiti warna yang jauh lebih baik berbanding 4S dan menangkap gambar dengan kadar instant.

Dengan design yang nipis, Apple juga menukar penyambung dock mereka yang sudah berusia lebih 9 tahun. Penyambung baru ini lebih kecil dan digital. Adapter untuk digunakan bersama dock lama dijual berasingan.
iPhone 5 juga menggunakan iOS 6 yang membawakan banyak fungsi baru seperi Passbook dan Maps 3D yang direka oleh Apple sendiri. 
via ohgeekz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir