SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Ayu Raudhah Sah Hamil 3 Bulan, Zaquan Loya

Hiburan : Gambar | Ayu Raudhah Sah Hamil 3 Bulan, Zaquan Loya


 Ayu Raudhah yang mengakui kini sudahpun mengandung tiga bulan. Berkongsi mengenai kandungannya itu, Ayu mengakui tidak mahu kecoh-kecoh tentang perkhabaran gembira tersebut memandangkan usia kandungannya masih lagi baru.
ayu


"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan.
"Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya," seloroh Ayu yang bakal bercuti ke London bersama kakaknya, aktres Rozita Che Wan, awal Oktober depan. 
Sambil teruja dengan perkhabaran berita ini, Ayu Raudhah meminta peminat mendoakan kesihatan kandungannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir