SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Hiburan : Gambar | "Saya Tidak Memilih"-Amanda Imani

Hiburan : Gambar | "Saya Tidak Memilih"-Amanda Imani


Penyanyi Amanda Imani menafikan dakwaan kononnya dia bersikap memilih dan jarang muncul di majlis atau tempat awam kerana menganggap dirinya eksklusif.

Sebaliknya, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia jarang muncul di depan khalayak umum kerana tidak mendapat undangan pihak penganjur yang kurang memberikan peluang kepadanya.
“Saya tidak pernah anggap diri ini eksklusif dan tidak mahu muncul pada majlis atau acara di tempat umum. Dakwaan itu timbul kerana salah faham.
“Kalau ada yang beranggapan begitu, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Bagaimana saya hendak muncul di khalayak jika penganjur jarang mengundang saya?” katanya ketika ditemui pada acara kejohanan kek coklat kali keenam anjuran Great Eastern dan Rafflesia di sini, Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir