Selepas menumpukan sebulan untuk berpuasa di bulan Ramadhan, pelakon dan pelawak negara, Zizan akan mengadakan sambutan rumah terbuka untuk peminat-peminatnya pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga nanti.

Zizan bakal mengadakan rumah terbuka itu di kampung halamannya dia Terengganu.
Tujuan Zizan mengadakan rumah terbuka adalah kerana mahu meraikan peminat-peminatnya yang tidak pernah penat dan jemu untuk menyokong kerjaya seninya.
“Saya dah rancang untuk buat ‘Open House’ dengan family dekat kampung nanti. Jadi sapa yang nak datang tu dipersilakanlah. Tahun ni tema baju raya saya sekeluarga ialah Oren tema keluarga orang lain saya tak tahu la.
“Kalau nak datang pakai baju oren pun digalakkan. Sebelum terlupa ‘Open House’ tu nanti akan dibuat pada hari Raya ke 3,” kata Zizan