SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Berita : Gambar | 19 Pasangan Khalwat Malam Merdeka Kantoi

Berita : Gambar | 19 Pasangan Khalwat Malam Merdeka Kantoi


Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.
Gambar Hiasan
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP, Mohd. Raffli Abd. Malik berkata, pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.
"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari pukul 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir