Sejurus selepas meraih pingat Perak di dalam perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012, pemain badminton negara dan nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei telah menghantar satu mesej cukup pedas kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Tambahnya, dia sudah veteran dan mungkin hanya boleh bermain dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi. Mesejnya berbunyi, ”BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu tukar sistem dan program pembangu- nan harus diperhebatkan.”
