Lagu Muara Duet Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema sebuah drama terbaru Astro iaitu Drama Adam & Hawa. Untuk info pembaca budiey.com, drama Adam & Hawa akan disiarkan mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 9 & 9.30 malam (dua episod berturut-turut) di Astro Mustika HD.
Kolaborasi Dato’ Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama berjudul Muara.
Pada 1 Ogos 2012 lalu, Budiey telah merakam video Hafiz menyanyikan lagu tema Adam & Hawa ini tanpa kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza.
“Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagi lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut. Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz.
Lagu ini tidak terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense,” ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.
Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.
via : Budiey.com
Related Posts :
Aaron Aziz
,
drama astro
,
drama malaysia
,
hiburan Malaysia
,
muara
,
muara-adam dan hafiz af7 download
,
nadiya nissa
,
novel adam dan hawa
,
ost adam dan hawa
,
pelakon adam dan hawa
,
sinopsis adam dan hawa