SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Misteri : Gambar | Hantu Perempuan Kecoh di Media Sosial

Misteri : Gambar | Hantu Perempuan Kecoh di Media Sosial


Sekali pandang tidak ada apa yang aneh atau pelik dalam gambar yang memaparkan sebuah ruang tamu dengan tirai jendela tersisir kemasdanmemaparkan pemandangan taman yang hijau. Bilik itu pun kelihatan sangat selesa, dilengkapi dengan lampudanhiasan dinding yang tersusun rapi.

Dua sofa empukdansebuah meja kayu, lengkap dengan bantal sofa. Tiga buah bantal sofa bercirikan klasik dengan warna hijau muda di sofa yang membelakangi tingkap, dan sebuah bantal coklat yang serupa dengan warna sofa. Suasana bilik yang menggambarkan sebuah kedamaian.
Tapi, cuba anda perhatikan betul-betul lagi gambar itu. Ada susuk wajah perempuan mengerikan, yang memandang dengan mata terbeliak dengan alis mata yang terangkat. Tidak ada senyuman di wajah itu. Sangat dingindankelam.
Gambar wajah itu anda boleh lihat di belakang bantal sofa berwarna coklat tu. Kewujudan wajah dalam gambar itu sedang heboh diperkatakan oleh media sosial barat dalamTwitterdanFacebook. Wajah itu bagai ketakutan seolah-olah melihat hantu yang menakutan.
Banyak yang dibincangkan di media sosial barat mengenai gambar yang tidak diketahui sumbernya itu. Berkemungkinan ada orang yang bersembuyi ketika gambar itu diambil atau penggunaan photoshop untuk mewujudkan wajah yang menyeramkan itu atau juga  gambar yang disebabkan oleh kesan cahaya.
Entah mana yang benar. Pastinya, adanya wajah dalam gambar itu berjaya membuat merembang bulu roma setiap orang yang melihat. Kerana, meski tidak menunjukkan lumuran darah, wajah itu menghayati pandangan tajam mengerikan.
Sumber asal dari Sidomi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir