SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Hafiz Hamidun Nafi Jadi Penghasut Penangguhan Konsert Sami Yusuf

Hiburan : Gambar | Hafiz Hamidun Nafi Jadi Penghasut Penangguhan Konsert Sami Yusuf


Penangguhan Konsert Salaam Sami Yusuf pada saat-saat akhir membuatkan ramai pihak tidak puas hati. Malah, menganggap penyanyi bertaraf antabangsa itu tidak profesional serta tidak beretika. Biarpun pihak pengurusan Sami telah memperjelaskan punca sebenar penangguhan itu, namun masih ramai yang tidak boleh menerima keputusan penyanyi itu.
Hafiz Hamidun Nafi Jadi Penghasut!


Malah, timbul cakap-cakap belakang yang mendakwa penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menjadi punca kepada penangguhan konsert itu. Kononnya pemilik Arteffects International yang bertanggungjawab ke atas pengedaran album Salaam itu menjadi penghasut.
Mengulas tentang isu tersebut, Hafiz yang ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Terbitan Arteffects Sdn Bhd pada Selasa memberitahu, dia sebenarnya pelik apabila dikaitkan dengan penangguhan konsert itu. Jelasnya, dia hanya bertindak sebagai pengedar album dan tidak terlibat dengan urusan konsert.

“Mungkin orang salah anggap apabila melihat saya sering bersama Sami. Tuduhan itu tidak benar kerana saya memang tidak tahu menahu tentang konsert itu. Lagipun, saya tidak hak untuk mencampuri urusan konsert itu. Bagaimanapun, saya tahu ada masalah kontrak apabila pihak pengurusan Sami maklumkan kepada saya. Cuma saya tidak tahu secara terperinci. Orang kata saya bawa dia pergi makan dan hantar dia ke lapangan terbang. Itu tidak benar kerana pada tarikh dan waktu yang dikatakan itu, saya berada di luar Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul dakwaan itu. Saya telah pun berjumpa dengan pihak penganjur Offshore Entertainment Production (OEP) di Singapura untuk jelaskan kedudukan sebenar dan mereka faham situasi sebenar. Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu siapa yang salah, siapa yang benar. Saya juga tidak menangkan Sami Yusuf, malah jauh sekali hendak bermusuh dengan mana-mana pihak,” ulas Hafiz berterus-terang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir