SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Rita Rudaini Bakal Berniaga Demi Masa Depan Anak-Anak

Hiburan : Gambar | Rita Rudaini Bakal Berniaga Demi Masa Depan Anak-Anak


Aktres, Rita Rudaini, 36, yang sentiasa dihimpit kontroversi mengenai kisah dan status rumah tangganya bercadang ingin membuka perniagaannya sendiri dalam masa terdekat.
Rita Rudaini

Rita mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru iaitu berniaga kerana memikirkan ingin menjaga masa depan dirinya serta anak-anak.
Jika sebelum ini dia tidak langsung ambil pusing mengenai apa yang bakal terjadi di masa hadapan, Rita kini berfikir dia tidak mahu hidup anak-anaknya terabai kerana kehidupannya sekarang tidak menjaminkan masa depan yang cerah.
Cuma, Rita tidak mahu mendedahkan perniagaan jenis apa yang ingin dia kendalikan buat masa ini.
“Dulu mungkin saya tidak memikirkannya. Namun kini setelah melihat apa yang berlaku, saya yakin saya perlu melakukan sesuatu.
“Saya tidak boleh mendedahkan dahulu perniagaan apa yang saya akan ceburi. Buat masa ini saya masih di dalam proses merancang,” kata Rita yang diambil dari akhbar Hits Mega hari ini.
Walaupun dihimpit masalah dengan suaminya, Rita mengakui dia semakin bahagia meniti kehidupan seharian bersama anak-anak.
Malah, persiapan dia dan anak-anak untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Perlis pada tahun ini juga dilakukan lebih awal berbeza dengan tahun lepas.
“Memandangkan tahun ini saya membuat persiapan secara berseorangan jadi saya memilih untuk buat persiapan awal.
“Selalunya saban tahun saya memilih hanya untuk membuat baju kurung sahaja. Namun tahun ini entah mengapa saya sudah menempah empat helai baju raya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir