SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hiburan : Gambar | Kumpulan Nasyid Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Professional

Hiburan : Gambar | Kumpulan Nasyid Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Professional


Kumpulan Rabbani menyifatkan tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor adalah tindakan yang tidak profesional.

Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, dia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) begitu kecewa dengan cara penyanyi tersebut melaksanakan peranannya.
"Kami yang mengendalikan bahagian pengurusan karnival berasa sangat simpati terhadap golongan peniaga yang sudah pun membuat persiapan berniaga bersempena dengan konsert tersebut.
"Lebih kasihan lagi apabila pihak penganjur menanggung kerugian yang besar. Pada pendapat saya Sami tidak profesional dengan pembatalan konsert itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana di sini, Selasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir