PERJALANAN Kim Kardashian nampaknya tergendala apabila dia ditahan pihak polis pada Khamis lalu gara-hara tidak memasang plat keretanya.
Menurut laporan Contactmusic, Kim ditahan ketika memandu di kawasan lebuhraya Freeway, Los Angeles.
Bagaimanapun, sumber memberitahu, Kim dilepaskan tanpa sebarang tindakan saman.
"Dia memberitahu kepada pihak polis bahawa plat kereta yang bernilai RM600,000 itu disembunyikan di bahagian belakang kereta kerana risau diekori paparazzi.
"Polis berkenaan faham dengan situasi Kim, dan kekasih Kanye West itu dilepaskan tanpa dikenakan tindakan," kata sumber itu.
Sebelum ini, Justin Bieber juga pernah mencabut plat kereta miliknya gara-gara diekori paparazzi.
Hal tersebut telah mengundang kehadiran pihak polis untuk menahannya.