Jangan terkejut! Sebenarnya, bukan kereta Zizan yang sebenar yang selalu digunakannya setiap hari untuk dilelongkan.
Sebaliknya, sebuah kereta yang diguna oleh Zizan untuk aksi ‘drift’ dalam pembikinan filem Mael Lambong yang akan dilelong.
Kereta apa ye?
Kereta berjenama TOYOTA SOARER E MZ II binaan tahun 1982 yang mampu melakukan aksi drift dibuka dengan harga permulaan lelong sebanyak RM5,000.
Pengarah filem Mael Lambong, Ahmad Idham melakukan lelong kereta drift itu hanyalah kerana ingin menghargai peminat-peminat cerita itu memandangkan kutipan filem Mael Lambong amat memberangsangkan.
Mana tidaknya, kutipan untung filem tersebut sudah mencecah RM5 juta sehingga hari ini!
Jadi, ada sesiapa ‘bran’ nak cuba dapatkan kereta drift yang pernah dipakai oleh Zizan?