Bintang remaja, Justin Bieber disaman hampir AS$10 juta (RM30 juta) selepas seorang ibu mendakwa mengalami masalah kekal pada pendengaran akibat daripada jeritan peminat penyanyi itu pada satu konsert.
“Jeritan peminat penyanyi itu mengatasi tahap kekuatan bunyi dan menyebabkan wanita itu hilang pendengaran dan bunyi berdengung pada kedua-dua telinga,” menurut laman web hiburan, TMZ.
PEMERIKSAAN KERETA PERCUMA DARI PERODUA!> Klik Sini!
Kejadian dikatakan berlaku di konsert Bieber di Portland, Oregon, Amerika Syarikat dua tahun lalu.
Ketika berada di atas pentas yang berbentuk hati, dia mengajak penonton supaya menjerit lebih kuat, kata wanita itu.
Stacey menyaman penyanyi itu sebanyak AS$9.23million (RM28 juta).
PEMERIKSAAN KERETA PERCUMA DARI PERODUA!> Klik Sini!