Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengakui gembira dapat menguruskan kerjaya seni rakan baiknya iaitu Didie Alias sebagai pembantu peribadi apabila mempunyai masa terluang.
Enot berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu pelakon komedi itu berkaitan hal kerjayanya kerana memahami kehendak Didie sebagai seorang pelakon dan rakan baiknya.
"Sudah lama saya uruskan kerjaya Didie iaitu semenjak Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura lagi dan gembira dapat bekerja dengan rakan baik saya.
"Tambahan pula Didie juga banyak membantu saya dalam banyak perkara dan rasanya tiada masalah untuk membantunya pula pada bila-bila masa diperlukan," ujarnya