Pengasas bersama laman web sosial Facebook, Eduardo Saverin, yang melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat awal tahun ini, berada dalam senarai warga Singapura paling kaya disiarkan majalah Forbes.

Saverin, 30, berada di tempat kelapan dalam senarai dengan anggaran harta bernilai AS$2.2 bilion (RM6.82 bilion).
Saverin sudah menetap di Singapura sejak 2009 tetapi mengambil keputusan melepaskan taraf kerakyatan Amerikanya menjelang tawaran awam Facebook.