SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Berita : Gambar | Polis Siasat Blog Dan Fb Khalil Afandi, Samurai

Berita : Gambar | Polis Siasat Blog Dan Fb Khalil Afandi, Samurai

 Polis sedang menyiasat blog dan akaun Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid, yang mati selepas terkena tembakan dalam kejadian mengamuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.Amuk di JPM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud pengikut atau rangkaian kumpulan yang berkemungkinan dianggotai suspek.

"Kita serius dengan kejadian ini. Kita akan siasat adakah suspek mempunyai ketua yang memberikan arahan.

"Pengikutnya juga sedang disiasat melalui blog dan akaun Facebook miliknya," katanya pada sidang media selepas majlis Penganugerahan Balai League Table (BLT) di Balai Polis Puchong Jaya, hari ini.

Beliau berkata, polis juga sedang menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalan ajaran sesat.

"Setakat ini siasatan mendapati tindakan suspek bukan kegiatan yang dirancang dengan teliti. Laporan awal mendapati dia tidak sihat," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir