SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berita : Gambar | Pelajar Tingkatan 4 Dipukul 18 Rakan Kerana Ditudung Mencuri Wang

Berita : Gambar | Pelajar Tingkatan 4 Dipukul 18 Rakan Kerana Ditudung Mencuri Wang


Seorang pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh di Kampung Gajah mendakwa dia telah dipukul tanpa belas kasihan selama empat jam oleh 18 rakan sekolahnya di asrama mereka pada Sabtu.
Pelajar Dakwa Dipukul

Mangsa yang berusia 16 tahun ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini pada Ahad berkata kumpulan tersebut telah menyepak dan menumbuknya selepas mendakwa dia telah mencuri RM100 daripada seorang pelajar dari bilik asrama yang berbeza.
Menurutnya, dia telah dibelasah daripada pukul 1.30 pagi hingga 5.45 pagi.
“Saya menafikan saya mencuri wang tersebut dan selepas itu saya terus dipukul dan disepak secara bertubi-tubi oleh kumpulan berkenaan.
“Saya cuba merayu kepada mereka namun tangisan saya turut tidak diendahkan oleh mereka,” katanya.
Selepas dipukul dengan teruk mangsa mendakwa dia ditinggalkan dan tidak mampu bergerak selama beberapa jam.
Difahamkan satu laporan polis bagi menyiasat insiden telah dibuat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir